Anda Boleh Ganti MyKad Dalam 30 Minit Hanya Dengan Panggilan Telefon Sahaja, Ini Caranya
Perkhidmatan ini disediakan pada hari bekerja, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mencari cara yang pantas dan mudah untuk menggantikan MyKad, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menawarkan perkhidmatan melalui panggilan telefon membolehkan anda memohon penggantian dalam masa hanya 30 minit
Dalam satu hantaran Facebook pada Khamis lalu, 19 November, JPN memperkenalkan perkhidmatan 'MyPhone-In', yang membolehkan rakyat Malaysia memohon penggantian MyKad melalui panggilan telefon.
"Anda telefon, kami proses, anda dapat," menurut infografik yang dikongsikan oleh jabatan tersebut.
Perkhidmatan ini hanya tersedia untuk rakyat Malaysia yang perlu menggantikan MyKad mereka akibat kehilangan atau kerosakan.
Permohonan akan dikenakan bayaran RM10 dan pemegang MyKad perlu hadir sendiri untuk mengambil kad gantian mereka
Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang sah semasa mengambil kad gantian tersebut.
Menurut JPN, MyKad gantian boleh diambil di mana-mana pejabat Projek Percetakan Teragih (DPP) dalam tempoh 30 minit selepas permohonan selesai dibuat.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini tidak membenarkan pemohon membuat sebarang perubahan pada maklumat peribadi mereka, termasuk alamat, agama, nama, atau gambar.
JPN turut mengingatkan pemohon bahawa bayaran bagi kes kehilangan kad akan dikenakan sekiranya mereka gagal menyerahkan MyKad lama semasa mengambil kad gantian.
Perkhidmatan ini disediakan pada hari bekerja, dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila hubungi talian +603-8880 8066.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via