Ayam Tak Masak Sempurna, MARA Siasat Kontraktor Makanan MRSM Tun Ghafar Baba
Katanya, isu berkenaan pernah ditegur ketika beliau melakukan pemeriksaan mengejut di MRSM itu beberapa minggu lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyiasat aduan berhubung kualiti makanan di Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba selepas beberapa pelajar dan ibu bapa mendakwa ayam yang dihidangkan tidak dimasak dengan sempurna

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan institusi itu mengambil tindakan segera berhubung aduan yang diterima bagi hidangan pada petang Ahad.
Menurut laporan Sinar Harian, semakan awal mendapati kontrak penyedia makanan di MRSM berkenaan hanya berbaki sebulan sebelum tamat tempoh.
Beliau kecewa dengan sikap kontraktor yang didakwa mengabaikan kualiti makanan apabila kontrak hampir berakhir.
"Saya sudah minta pengetua segera siasat dan ambil tindakan tegas malam ini juga," katanya.
Asyraf Wajdi menegaskan, kebajikan pelajar tidak boleh dipandang ringan, terutama mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli makanan alternatif di kafe atau koperasi
Malah, pelajar Tingkatan Lima yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut terkesan sekiranya makanan yang disediakan tidak memenuhi piawaian.
Beliau turut mengingatkan bahawa kontraktor yang gagal menjaga kualiti makanan boleh dikenakan penalti dan disenarai hitam daripada menerima manfaat Mara pada masa hadapan.
Katanya, isu berkenaan pernah ditegur ketika beliau melakukan pemeriksaan mengejut di MRSM itu beberapa minggu lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via