Ramai Ingat Nikotin Punca Utama, Rupanya Asap Yang Jadi Fokus
Perbezaan antara asap, wap dan proses pembakaran kini semakin banyak dibincangkan dalam dunia saintifik.
Cover image via SAYS SEISMIKFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kenapa nikotin dan asap sering disalah faham?
Bila sebut pasal nikotin, ramai terus kaitkan dengan penyakit serius. Tapi menurut pelbagai kajian dan badan saintifik antarabangsa, nikotin bukan punca utama kepada kebanyakan penyakit berkaitan produk tembakau. Sebaliknya, proses pembakaran atau combustion yang menghasilkan asap bersama ribuan bahan kimia berbahaya sering jadi fokus utama.
Di Malaysia pula, perbincangan pasal vape, e-cigarette dan produk alternatif bebas asap makin hangat susulan isu penggunaan tidak terkawal dan lambakan produk haram di pasaran.
Disebabkan itu, ramai mula melihat semua produk yang mengandungi nikotin sebagai sama bahaya walaupun saintis menjelaskan terdapat perbezaan antara asap hasil pembakaran dengan vapour atau aerosol yang terhasil tanpa proses pembakaran.
Proses pombakaran jadi fokus utama dalam kajian kesihatan
Menurut PMI Science, asap yang terhasil daripada proses pembakaran mengandungi lebih 6,000 bahan kimia dan hampir 100 daripadanya diklasifikasikan sebagai bahan berbahaya atau berpotensi berbahaya.
Inilah yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit seperti masalah paru-paru, kardiovaskular dan kanser.
Malah, kenyataan daripada U.S. Food and Drug Administration (FDA) yang turut dipetik oleh PMI Science menyebut:
"Walaupun nikotin bukanlah bahan yang bebas risiko, ia bukan penyebab langsung kepada kanser, penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang dikaitkan dengan produk tembakau"
Maksudnya, walaupun nikotin memang bersifat ketagihan dan bukan bebas risiko, ia bukan faktor utama yang menyebabkan kebanyakan penyakit berkaitan asap.
Kekeliruan tentang nikotin masih lagi berlaku
Satu perkara yang menarik, salah faham tentang nikotin bukan berlaku dalam kalangan pengguna biasa sahaja.
Beberapa laporan antarabangsa menunjukkan masih ramai yang percaya nikotin ialah penyebab utama kanser walaupun banyak kajian saintifik mengatakan sebaliknya.
Menurut PMI dan beberapa laporan kesihatan global lain, ramai cenderung mengaitkan nikotin terus dengan kesan buruk akibat penggunaan produk tembakau kerana kedua-duanya sering hadir bersama dalam produk tradisional.
Sebab itu juga, ramai tak sedar bahawa bahaya utama sebenarnya datang daripada asap hasil pembakaran yang menghasilkan tar dan bahan toksik lain.
Perbezaan antara asap dan vapour yang ramai tak sedar
Ini antara perkara yang ramai masih keliru.
Produk tradisional menghasilkan asap kerana berlaku proses pembakaran pada suhu tinggi.
Sebaliknya, produk seperti vape, e-cigarette dan produk heated tobacco berfungsi tanpa membakar tembakau.
Ia menghasilkan wap atau aerosol melalui proses pemanasan.
Menurut Dr Tom McGrath, Global Head of Combustion and Product Science di Philip Morris International (PMI), tahap bahan berbahaya dan berpotensi berbahaya dalam heated tobacco products (HTP) secara purata berkurangan sekitar 90% hingga 95% berbanding asap rokok kerana produk tersebut tidak melibatkan proses pembakaran.
Namun begitu, penting untuk faham bahawa "kurang berbahaya" tidak bermaksud "bebas risiko".
Nikotin masih bersifat addictive dan produk alternatif ini bukan untuk golongan bawah umur atau individu yang tidak pernah menggunakan produk nikotin.
Teknologi bebas asap masih dalam kajian saintifik
Philip Morris International (PMI) antara syarikat yang banyak melabur dalam penyelidikan berkaitan produk bebas asap dan teknologi pemanasan tanpa pembakaran.
Melalui platform PMI Science, syarikat itu berkongsi pelbagai kajian berkaitan heated tobacco products dan alternatif bebas asap yang dibangunkan untuk individu dewasa yang masih memilih menggunakan produk nikotin.
Teknologi ini direka untuk menghasilkan tahap bahan kimia berbahaya yang lebih rendah berbanding asap hasil pembakaran.
Namun, saintis turut menegaskan bahawa kajian jangka panjang masih diteruskan dan pengguna perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta berasaskan sains.
Nak faham lebih lanjut tentang sains di sebalik produk bebas asap?
Kalau selama ini anda ingat semua produk nikotin berfungsi dengan cara yang sama, mungkin dah tiba masanya untuk faham sendiri apa beza antara asap hasil pembakaran dan wap tanpa pembakaran.
Melalui platform PMI Science, anda boleh explore pelbagai info, video dan penjelasan saintifik tentang teknologi bebas asap, bagaimana ia berfungsi dan kenapa topik ini semakin banyak diperkatakan di seluruh dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

