Kenapa Malaysia Berhenti Guna Duit Syiling RM1? Ini Kisah Di Sebaliknya
Sekarang dah jadi koleksi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda membesar di Malaysia sebelum pertengahan tahun 2000-an, anda mungkin pernah lihat dan menggunakan syiling yang bernilai RM1
Ada syiling yang mempunyai simbol '$' dan ada juga yang tertera perkataan 'RINGGIT'.
Kedua-duanya merupakan mata wang Malaysia yang sah, dengan syiling yang tertera perkataan 'RINGGIT' itu diperkenalkan pada tahun 1993.

Tapi, apa sebenarnya yang terjadi kepada syiling RM1 ini?
Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa syiling RM1 tidak lagi menjadi mata wang sah dan akan ditarik balik daripada edaran pada 7 Disember tahun tersebut.
Menurut kenyataan BNM, langkah ini diambil disebabkan oleh permintaan yang rendah serta penggunaan syiling RM1 yang semakin kurang popular bagi urusan pembelian barangan dan perkhidmatan di Malaysia.
Pada masa itu, syiling RM1 merangkumi kurang daripada 1% jumlah nilai mata wang yang berada dalam edaran.
Sementara itu, wang kertas RM1 sudah pun berada dalam edaran, dan BNM telah meningkatkan bekalannya sejak tahun 2000 bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via VocketImage viaBNM turut menjelaskan bahawa penghentian keluaran syiling tersebut bukanlah disebabkan oleh kewujudan syiling RM1 palsu
BNM menyatakan laporan mengenai jumlah syiling RM1 palsu yang banyak adalah tidak tepat dan mengelirukan. Walaupun terdapat kes terpencil pemalsuan syiling RM1, ia tidak dianggap cukup serius sehingga mewajarkan penarikan balik syiling tersebut.
Sebab utamanya ialah syiling itu tidak lagi digunakan secara meluas berbanding wang kertas RM1.
Pada masa kini, syiling RM1 mungkin lebih dilihat sebagai satu nostalgia dan koleksi terhad berbanding wang kecil untuk kegunaan harian.
Generasi muda Malaysia, seperti Gen Z dan Gen Alpha, mungkin tidak pernah melihat syiling tersebut digunakan dalam urusan seharian. Namun, bagi mereka yang pernah menggunakannya, ia suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via