8 Jutawan Malaysia. Di Mana Mereka Sebelum Berjaya?
Sebelum menjadi antara orang terkaya di Malaysia, mereka juga pernah membuat pekerjaan biasa.
Cover image via SAYS.com1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – pernah bekerja sebagai office boy
**Nilai bersih:** USD$11.3 bilion (RM40.7 bilion).
Tan Sri Robert Kuok pernah bekerja sebagai ***office boy***. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai **kerani** di syarikat perdagangan beras Jepun. Beliau tidak lama kemudian dinaikkan pangkat sebagai **ketua jabatan** di syarikat tersebut.
Kini, beliau pengerusi [**Shangri-La Hotels and Resorts**](http://www.shangri-la.com/kualalumpur/shangrila/) serta usahawan dan pemilik perniagaan yang melibatkan perladangan tebu, kilang gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan.
Image via Forbes.com
2. Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow – pernah bekerja sebagai kerani bank dan pengurus bank
**Nilai bersih:** USD$5.4 bilion (RM19.4 bilion).
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan pada tahun 1950 sebagai **kerani bank** di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd. Beliau kemudian dinaikkan pangkat kepada **pegawai bank**.
Tan Sri Dato' Dr. Teh Hong Piow juga pernah bertugas di Malayan Banking Berhad sebagai **pengurus** dan dinaikkan pangkat ke **pengurus besar** pada usia 34 tahun. Selepas itu, beliau meninggalkan Malayan Banking Berhad pada tahun 1966 bagi menubuhkan **[Public Bank Berhad](https://www.pbebank.com/)**.
Image via International Business Review
3. Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng – pernah menjual aiskrim di atas basikal
**Nilai bersih:** USD$4.6 bilion (RM16.6 bilion).
Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng terpaksa berhenti sekolah pada umur 11 tahun untuk membantu keluarganya dengan **menjual ais krim** di atas basikal. Empat tahun kemudian, beliau kembali menamatkan pengajiannya di sekolah menengah.
Beliau pernah bekerja sebagai **penyelia** sebuah syarikat kelapa sawit selepas permohonannya ditolak oleh syarikat kelapa sawit lain kerana beliau pada masa itu tidak fasih berbahasa inggeris.
Tan Sri Dato 'Lee Shin Cheng kini adalah seorang usahawan perniagaan yang terlibat dalam industri perladangan. Beliau adalah pengerusi eksekutif IOI Corporation Berhad atau dikenali sebagai [**IOI Group**](http://www.ioigroup.com/content/CI/Corp_Career).
Image via Celebrity Net Worth
4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary – pernah menternak lembu dan menjual daging di pasar
**Nilai bersih:** USD$2.7 bilion (RM9.7 bilion).
Disebabkan oleh kemiskinan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah membantu ibunya menanam dan **menjual sayur-sayuran** di pasar ketika beliau masih lagi bersekolah. Selain itu, beliau juga pernah **menjual roti canai**.
Selepas tamat sekolah, beliau membantu bapanya dengan perniagaan **menternak lembu**. Kemudian, beliau beralih kepada **menjual daging** di pasar.
Kini, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan Bumiputra paling kaya di Malaysia sebagai usahawan dan pengasas [**Yayasan Albukhary**](http://www.albukharyfoundation.org/). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan seperti pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan.
Image via Forbes.com
5. Tan Seri Dato' Vincent Tan – pernah bekerja sebagai kerani bank
**Nilai bersih:** USD$1.3 bilion (RM4.7 bilion).
Tan Dato' Seri Vincent Tan pernah bekerja(http://www.funnymalaysia.net/malaysian-billionaires-and-what-they-used-to-work-as/) sebagai **kerani bank** sebelum pengerusi dan ketua eksekutif **Berjaya Corporation Berhad** yang juga dikenali sebagai **[Berjaya Group](http://www.berjaya.com/)**.
Beliau juga merupakan pemilik pasukan bola Cardiff City FC, FK Sarajevo, Los Angeles FC dan K.V. Kortrijk.
Image via Cardiff City Mad
6. Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah – pernah bekerja sebagai akauntan
**Nilai bersih:** USD$950 juta (RM3.4 bilion).
Sebelum beliau dikenali sebagai pengerusi dan pengasas **[Sunway Group](http://www.sunway.com.my/group/tan-sri-jeffrey-cheah.asp)**, Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah pernah bekerja sebagai **akauntan** di sebuah kilang pemasangan motor. Tidak lama kemudian, beliau membuka **sebuah syarikat perlombongan kecil**.
Image via Sunway.com.my
7. Tan Sri Tony Fernandes – pernah bekerja sebagai juruaudit
**Nilai bersih:** USD$530 juta (RM1.9 bilion).
Selepas mendapat ijazah universiti di London School of Economics, beliau bekerja sebagai **juruaudit** di Virgin Airlines. Kemudian, beliau menjadi **pengawal kewangan** di Virgin Records iaitu sebuah syarikat milik Richard Branson di London.
Beliau pulang ke Malaysia semasa beliau berumur 27 tahun sebelum menjadi **pengarah urusan** termuda di Warner Music Malaysia Sdn Bhd.
Tan Sri Tony Fernandes kini adalah ketua pegawai eksekutif dan pengarah **[AirAsia Berhad](http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1)** dan pengasas **Tune Group Sdn Bhd**. Beliau juga merupakan pengerusi dan pengasas **QPR Holdings Ltd**.
Image via The Financial Express
8. Tan Sri A K Nathan – pernah menjual surat khabar
**Nilai bersih:** USD$61 juta (RM219.6 juta).
[Tan Sri A K Nathan](http://sharenkaur.blogspot.com/2011/06/nathans-will-of-steel-takes-company-to.html) pernah **menjual surat khabar** semasa beliau berumur 15 tahun. Selain itu, beliau juga pernah bekerja sebagai **operator mesin pencentak** dan **menjual insurans**.
Tan Sri A K Nathan kini pemilik **[Eversendai](http://eversendai.com/home.php) Construction Pvt Ltd** di Dayabumi Complex, Kuala Lumpur.
Image via ConstructionWeekOnline.com
