Makan Kat Mana & 9 Lagi Masalah Yang Selalu Timbul Setiap Kali ‘Lunchtime’. Stress Betul!
Erghh, kenapa selalu macam ni?
Cover image via SAYSPernah tak korang terfikir kenapa bila sampai lunchtime mesti ada masalah macam ni ya?
Image via GIPHY
Lunchtime adalah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang setiap kali pergi kerja ataupun kelas kan? Belum lagi masa lunch tapi dah boleh bayang makanan apa yang nak order nanti.
Korang perasan tak; tak kiralah sama ada di tempat kerja ataupun kolej tapi setiap kali waktu *lunch*, mesti korang akan berdepan dengan pelbagai masalah. Masa ni lah korang akan nampak jenis kawan dengan belang sebenar mereka yang pelbagai sampai boleh buat korang hilang selera.
Jom tengok jenis masalah yang selalu buat kita stress bila sampai waktu lunch:
1. Nak makan mana?
Image via Imgur
Soalan yang memang tak pernah boleh lari dari situasi *lunchtime* ni. Kadang-kadang sampai 15 minit terbuang sebab asyik fikir nak makan mana, tengok-tengok makan warung yang sama macam semalam.
2. Turun lah dulu, nanti aku join
Kawan yang selalu bila diajak *lunch* sama tapi mesti akan bagi jawapan seperti yang tertera di atas. "Kejap lagi turun, kejap lagi sampai" tapi sampai waktu *lunch* habis pun tak sampai-sampai jugak.
Image via GIPHY
3. Nak naik kereta siapa kali ni?
Image via GIPHY
Ini lagi satu soalan cepumas yang boleh buat semua orang pura-pura tak dengar. Bagi korang yang tak *drive* tu senanglah nak lari dari topik ni. Selalunya yang akan mengalah ialah orang yang ajak makan dulu, sebab orang tu yang selalunya bagi idea nak makan dekat mana kan.
4. Jap, jap, jap 5 minit lagi
Image via null
*Statement* ni khas untuk kawan korang yang takut tak bertempat. Bila nak turun dulu, tak bagi. Takut sesatlah, tak berani jalan soranglah. Tapi masalahnya, penat jugaklah menunggu. Tak lama pun, **lima minit je**. Hmm lima minit lah sangat kan!
5. Rutin ambik gambar sebelum makan
Image via Hillarious Gifs
Sekarang kan semua laman sosial ada *story*, jadi kalau boleh semua *story* pun wajib *update* ye. Peraturan pertama, jangan sesekali berani nak sentuh makanan selagi sesi ambik gambar tak *settle* lagi. Haih sabar ajalah ye.
6. Tak tahu nak order apa
Image via Oddysey
Bila *lunch* dengan kawan korang yang selalu pening bila nak minta *order*. Kalau boleh, nak pusing menu sampai sepuluh kali baru boleh buat keputusan. Kadang-kadang kesian dekat *waiter* sebab kena berdiri sampai setengah jam tunggu *order*.
7. Order lain tapi sibuk makan makanan orang lain
Image via Lead Me Forward
Untuk korang yang suka jaga makan atau *saving* tak bertempat, sila terasa ye. Biasalah bila makan ramai-ramai mesti korang akan jumpa kawan yang amalkan *healthy diet*, lepas tu bila makanan kurang sedap sibuk curi makanan orang lain. Kalau setakat nak rasa boleh faham lagi tapi sampai separuh pinggan habis tu dah macam mana?
8. Semua orang lain nak pergi satu tempat tu tapi korang sorang je nak makan tempat lain
Image via CandyMag
Rasanya semua orang pernah alami masalah ni. Yelah, bila korang teringin nak pergi satu tempat tu tapi kawan yang lain semua nak pergi tempat lain. Nanti kalau tak ikut kata apa pulak. Jadi nak tak nak kenalah ikut keputusan majoriti.
9. Tak nak kena panas boleh?
Image via ABC
Nak makan yang murah-murah aje tapi nak *demand* tempat yang ada *aircond* semua. Pantang sikit kalau kena panas, tak nak jalan bawah matahari. Takut kulit gelap lah, takut nanti muka berbelang lah. Paling *stress* bila ada kawan macam ni ikut sekali waktu *lunch*, sabar ajelah.
10. Tak kisah lah, mana-mana pun "okay" je
Paling *stress* kalau ada kawan macam ni, semua kerja senang jadi susah. Dekat mulut cakap aje tak kisah, tapi semua pun tak nak. Semua tempat pun ada je alasan dia, tapi bila tanya dekat mana, bagi jawapan *neutral*. Tak kisah pun semua boleh, janji dapat makan. Hm yelah, tak kisah sangat kan!
Image via The Dog House
