9 Tips Penting Mohon Kerja Melalui Email Supaya Resume Anda Tak Kena 'Reject'!

Perbetulkan kesilapan anda sekarang!

  • Tips kali ini amat berguna buat mereka yang sedang memburu pekerjaan di luar sana terutama untuk fresh graduate yang belum pernah mempunyai pengalaman bekerja

    • Biasalah, bila tiada pengalaman kerja, semestinya pengalaman memohon pekerjaan pun tiada. Perkara pertama yang biasa kita lakukan untuk memohon kerja adalah menghantar resume melalui email kepada syarikat yang dikehendaki.

      Tetapi malangnya, mungkin ramai yang tidak sedar beberapa kesalahan yang mereka lakukan sewaktu membuat permohonan tersebut.

  • Jadi jom kita ikuti 9 tips yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Mahanom Mohammad ini

    • Menerima email permohonan rasmi dari pelajar adakalanya membuat majikan tepuk dahi. Manakan tidak. Hampir 90% permohonan tidak dibuat secara rasmi.

      Kongsikan tip dibawah. Moga bawa manafaat bagi semua pelajar.

      facebook.com
  • 1. Gunakan nama akaun email yang sopan

    • Ia mencerminkan keperibadian pelajar. Nama akaun email ala-ala hipster atau gothic tidak sesuai lansung digunakan apabila membuat permohonan rasmi.

      facebook.com
  • 2. Hormati privasi syarikat

    • Hormati privasi syarikat yang bakal menerima email anda. Jika ingin menghantar kepada lebih dari satu syarikat, letakkan alamat email anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima penerima yang ramai itu pada ruang Bcc BUKAN cc.

      facebook.com
  • 3. Jangan malas

    • Majikan yang menerima permohonan anda, apabila melihat nama majikan lain diruang cc akan membuat pelbagai persepsi. Paling popular adalah pelajar seorang malas.

      facebook.com
      • Ini berlaku apabila majikan-majikan sudah hilang sabar apabila pelajar kerap sangat hantar kepada 100 majikan serentak. Nasiblah pelajar yang dapat.
  • 4. Tujuan email ditulis ringkas

    • Pastikan tujuan email ditulis dengan ringkas. Cth "Permohonan Latihan Industri" atau "Permohonan Jawatan Kosong". Ini penting. Syarikat menerima beratus email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan email tersebut dihantar kepada mereka.

      facebook.com
      • Majikan bila dapat email begini yang terpapar banyak majikan, (yang tidak terpapar ada lagi 89 penerima). Memang tersirap darah. Tak fikir panjang. Masuk BIN sahaja jawapannya.
  • 5. Serlahkan kesopanan

    • Serlahkan kesopanan dengan menghantar email mengandungi ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria. Ingat ini adalah "email rasmi". Bukan hantar pada sahabat handai. Ucapan tambahan seperti terima kasih atau penghargaan akan menambah nilai email yang dihantar.

      facebook.com
  • 6. Nyatakan tujuan

    • Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi untuk mengelakkan kesalahfahaman bila dibaca majikan. Jangan sesekali menulis kepada syarikat seperti menulis kepada rakan-rakan anda.

      facebook.com
      • Agak-agak ada usahawan nak ambil pekerja atau pelajar dari golongan remp-it? Lihat nama akaun yang digunakan.
  • 7. Nyatakan tarikh

    • Jika anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan didalam email tarikh yang diperlukan supaya penerima peka ada tarikh yang perlu diikut.

      facebook.com
  • 8. Paparkan inisiatif anda

    • Jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.

      facebook.com
      • Email ini akan membuatkan warga UiTM bangga. Hampir sempurna. Isi kandungannya menceritakan segala apa yang dihajat.
  • 9. Pastikan fail boleh dibaca

    • Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca. Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat turun fail anda. Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Cth Fail 'Resume' mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.

      Permohonan pelajar melalui email mencerminkan IPTA dan IPTS itu sendiri. Ramai tenaga pengajar melatih pelajar membuat permohonan rasmi. Cuma tidak ramai yang tahu rupa sebenar pelajar menghantar emal mereka.

      facebook.com
  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Apa kata 'WOW' kan bakal majikan anda dengan resume seperti ini:

Leave a comment