“Abang Nak Buat Seks Dengan Adik?” - Guru Praktikal Ini Terima Ajakan Seks Dari Anak Murid

Budak sekolah sekarang dah tak sama macam dulu.

  • Jika dilihat akhir-akhir ini banyak sungguh kes pelajar yang sudah hilang rasa hormat terhadap guru sekolah mereka

    • Baru-baru ini viral kisah pelajar yang menulis surat cinta kepada gurunya, dan kali ini timbul pula kisah perbualan di WhatsApp antara seorang guru praktikal dan pelajar di sekolahnya.

      Kali ini pelajar tersebut bertindak lebih berani dan tiada langsung rasa malu dengan perbuatannya itu.

  • Berikut merupakan screenshot perbualan di antara guru praktikal dan pelajarnya yang telah dikongsikan di Facebook milik guru tersebut:

  • Rata-rata netizen amat terkejut dengan tindakan pelajar tersebut. Namun, tidak kurang juga mereka yang mempersoalkan ketegasan guru terbabit

  • Ramai yang mengecam tindakan guru terbabit yang seolah-olah tidak tegas, jadi kami dapatkan kenyataan daripada beliau sendiri

    • Menjelaskan situasi sebenar kejadian tersebut, pelajar itu pada mulanya ingin berkongsi masalah keluarga dengan cikgu terbabit memandangkan beliau adalah seorang guru kaunseling.

      Sebagai seorang kaunselor, adalah penting bagi beliau untuk membina hubungan dengan kliennya supaya mereka lebih selesa untuk berkongsi masalah. Malangnya, niatnya itu disalah tafsir oleh pelajar terbabit.

      " Hari tu dia PM kat Instagram, dia cakap dia ada masalah besar. Saya risau takut jadi apa-apa. Then pada mulanya dia cerita masalah dia.

      "Sejak akhir-akhir ni dia cerita dengan saya ada masalah keluarga. Dan nak anggap saya abang dia. Saya cakap dengan dia boleh asalkan dia tahu saya macam cikgu dia.

      "Lepas daripada itu, dia chat macam biasa. Walaupun dia panggil saya abang saya tetap bahasakan diri saya cikgu.

      "Saya ingat pada mulanya dia main-main, tetapi bila sampai tahap video call saya terus anggap serius."

      Beliau kemudiannya bertindak menasihati pelajar terbabit dan berharap agar perkara seperti ini tidak kembali berulang.

      Maklumnya lagi, pelajar tersebut merupakan bekas pelajarnya di sekolah tempat beliau menjalani praktikal selama empat bulan sebelum ini.

  • Tambahnya, beliau turut kesal apabila netizen mengecam tindakannya sedangkan niatnya hanyalah untuk menjadi kaunselor yang baik namun disalah erti oleh pelajarnya

    • Pesannya lagi, gunakanlah teknologi itu untuk kemajuan masa hadapan dan bukan untuk menghancurkan masa hadapan

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bukan cikgu je kena kacau. Doktor pun kena

Leave a comment