seismik

Abang Rambut Perang Yang Tular Ini Rupa-Rupanya Jual Motosikalnya Untuk Ke Qatar

Respect!

Cover image via SiniJa (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun hanya seri, keputusan perlawanan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Selatan malam tadi tetap membanggakan jutaan rakyat Malaysia

Terutamanya buat penyokong yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menyokong skuad Harimau Malaya di Qatar.

Sebaik sahaja tamatnya perlawanan tersebut, tular gambar seorang penyokong Malaysia yang telah dirakam masuk ke dalam siaran langsung perlawanan berkenaan.

Penyokong tersebut dilihat dirakam sebaik sahaja Malaysia hadir dengan jaringan menerusi Arif Aiman pada minit ke-62 meletakkan Malaysia di hadapan dengan skor 2-1.

Keraiannya selepas jaringan tersebut mendapat perhatian ramai apabila dia dilihat tidak dapat menahan sebak semasa meraikan gol berkenaan. 

Sanggup jual motosikal miliknya demi menyokong skuad negara secara langsung di Qatar

Dikenali sebagai Derrick Gan, penyokong yang tular tersebut rupa-rupanya menjual motosikal miliknya untuk mendapatkan dana bagi menyokong skuad negara di Qatar.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya, dia menulis ingin melepaskan motosikalnya demi negara tercinta disebabkan Malaysia sudah lama tidak ke pentas besar dalam kejohanan bola sepak.

Image via SiniJa

"Terbaik bro, air matamu cukup berharga, tahniah" - Netizen

Susulan tularnya lelaki tersebut, hantaran penjualan motosikalnya itu telah meraih sehingga 4K likes 926K comments dan 196 shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai pujian diberikan netizen terhadap individu berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen pada hantaran tersebut:

Lihat hantaran penuh di sini:

Admin pun perasan brother ni semalam, memang salute habis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: