seismik

Wanita Terlebih Kongsi Dapat Kerja 'Gomen' Dikecam Ramai - "I Sebab Ada Orang Dalam"

Ada benda yang tak perlu dikongsi di media sosial.

Cover image via @heyizwanizzat_ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita terima kecaman apabila dia sendiri berkongsi caranya mendapatkan kerja kerajaan bukanlah sesuatu yang disenangi ramai

Perkara ini berlaku apabila wanita itu membuat sebuah hantaran di TikTok berkongsi bagaimana dia mengisi waktu rehatnya selama 3 jam di hari Jumaat.

Dipercayai bekerja di IOI City Mall Putrajaya, wanita itu menjawab persoalan yang ada di ruangan komen tentang bagaimana dia memohon kerja di situ.

"I sebab ada orang dalam," jawab wanita berkenaan. Perkara ini telah membuatkan apa yang dikongsinya itu tersebar ke platform X di mana dia terima banyak kecaman disebabkan jawapannya itu.

Hanya kerja kontrak melalui MyStep tetapi tetap kongsi maklumat sulit pada netizen

Apa yang membuatkan dia menerima kecaman juga adalah disebabkan maklumat yang tak sepatutnya dikongsi diberitahu kepada orang awam tentang bagaimana dia mendapat kerja di situ.

Wanita itu turut memberitahu dia hanyalah pekerja kontrak melalui MyStep di Jabatan Perangkaan.

"Kadang-kadang budak-budak ni dia bukan nak riak menunjuk sangat benda tu, dia lebih ke terlalu excited nak share benda tu dengan orang" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 4.1M views, 12K likes dan 10K reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara balasan daripada netizen pada hantaran berkenaan:

Lihat thread penuh hantaran itu di bawah:

Terlajak perahu boleh diundur :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: