seismik

5 Makanan Tradisional Orang Kita Yang Kaya Dengan Probiotik Baik Untuk Penghadaman

Sedap-sedap pula tu.

Cover image via Chef Wan Lifestyle & Ajinomoto

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan yang kaya dengan probiotik seperti keju, yogurt dan kimchi sememangnya baik untuk membantu proses penghadaman

Tapi tahukah anda, makanan tradisional kita juga ada yang kaya dengan probiotik membantu mengelakkan berlakunya masalah seperti sembelit dan cirit-birit.

Kali ini, kami kongsikan lima makanan tradisional juga kaya probiotik baik untuk penghadaman:

1. Tempe

Makanan ini diperbuat daripada kacang soya dan melalui proses fermentasi menggunakan sejenis kulat putih.

Meskipun dikatakan kaya dengan probiotik, ada yang berpendapat tempe lebih baik dimasak bagi membunuh mikroorganisma berbahaya yang ada pada permukaannya.

Cara yang baik untuk memasaknya adalah dengan memotongnya dalam bentuk yang tebal dan memasaknya dalam tempoh masa yang sekejap supaya bahagian dalamnya tidak terdedah pada suhu tinggi.

Image via Ajinomoto

2. Tempoyak

Tempoyak merupakan isi durian yang telah melalui proses fermentasi dan dihasilkan dengan mencampurkan sedikit garam padanya kemudian disimpan pada suhu bilik selama 3 atau 5 hari.

Makanan tradisional ini sememangnya boleh dikatakan sebagai sumber probiotik kerana ia dihasilkan melalui proses fermentasi yang mengandungi kultur bakteria baik.

Selain berfungsi sebagai makanan, ia juga biasa dijadikan sebagai bahan pengawet dan perasa makanan yang semula jadi. Penambahannya ke dalam kari atau sambal akan memberikan aroma dan rasa unik dalam masakan.

3. Tapai Ubi

Tapai ubi merupakan antara makanan kaya dengan probiotik yang mudah didapatkan juga melalui proses fermentasi.

Dengan adanya sumber probiotik pada makanan ini, ia mampu meningkatkan sistem imun dan baik untuk organ pencernaan.

Selain tapai ubi, anda juga boleh mengambil jenis tapai lain, termasuk tapai keledek dan tapai pulut, sebagai alternatif jenis makanan kaya probiotik berasaskan tapai yang sedap dan sihat.

Image via Pinterest

4. Acar Timun

Acar timun juga merupakan makanan yang mempunyai sumber probiotik memiliki manfaat untuk tubuh badan dan juga melalui proses fermentasi.

Berbeza dengan tempe dan tapai, acar timun difermntasikan bersama larutan campuran garam dan air selepas itu dibiarkan terbuka dalam jangka masa tertentu.

Selain sumber probiotik, acar timun juga mengandungi kalori yang rendah dan merupakan sumber makanan yang mengandungi vitamin K.

5. Budu

Makanan tradisi yang terkenal di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu ini kebiasaannya dibuat daripada ikan bilis bersama ikan-ikan lain yang diperam atau difermentasi.

Budu mempunyai sumber probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan mengandungi bahan-bahan yang menunjukkan potensi sebagai agen anti kanser.

Tidak dinafikan budu mempunyai kandungan garam yang tinggi tetapi jika pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit dan dikawal, ianya tidaklah memudaratkan.

Image via fgoodsm.life

Bagus juga ada makanan sumber probiotik yang kena dengan tekak orang kita ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: