seismik

[VIDEO] Warga Malaysia Di Amerika Syarikat Ini Dedah Situasi Sebenar Metro Di Los Angeles

Tengok je dah boleh bayang bau dia.

Cover image via @hamalsiren (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sistem pengangkutan awam di Malaysia mungkin tidak sampai lagi di tahap terbaik tetapi jika dibandingkan dengan negara lain mungkin kita akan bersyukur dengan apa yang ada

Itulah yang boleh digambarkan apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan bagaimana keadaan sebuah stesen Metro di Amerika Syarikat yang dilihat kotor dan tidak terjaga jika dibandingkan dengan stesen KTM, LRT dan MRT yang jauh lebih baik dan bersih di Malaysia.

Menerusi video perkongsian @hamalsiren itu, dia merakamkan sudut pandangan seseorang yang sedang menggunakan keretapi Metro di Los Angeles.

Video tersebut memaparkan persekitaran stesen yang kotor di mana sampah dibiarkan merata-rata dan juga kelihatan seseorang sedang muntah.

Keadaan di dalam tren juga ditunjukkan dan diberitahu bahawa di dalamnya busuk disebabkan gelandangan tidur di dalam tren berkenaan.

"I will not complain about LRT & MRT stations anymore" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 41.5K views, 1,057 likes dan 106 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@hamalsiren POV as a marhaen traveler ke Los Angeles naik Train/subway #LA #losangeles #POV #fyp original sound - Hamal Siren

Setakat ini tak jumpa lagi keadaan stesen dan tren macam ini dekat Malaysia, bersih je selalu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: