seismik

Tabung Haji Umum Kadar Bayaran Haji Kumpulan B40 Tahun Ini Ditetapkan RM12,356 Seorang

Difahamkan, seramai 31,600 jemaah layak menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Cover image via Berita Harian & Tabung Haji (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini

Menerusi laporan Alhijrah Online, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang pula ialah RM19,152 seorang.

Beliau berkata perkara ini susulan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

“Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos untuk menunaikan haji sebanyak RM33,300 seorang.

Tabung Haji telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi bagi mengawal peningkatan kos haji

Menurut Syed Hamadah, sejak 2001, Tabung Haji membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji tahun ini.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, Tabung Haji tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan.

“Struktur bayaran haji ini, iaitu jemaah haji golongan B40 dan M40 masing-masing menikmati Bantuan Kewangan Haji hingga 42 peratus dan 60 peratus daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan Tabung Haji,”
katanya.

Syed Hamadah berkata Tabung Haji turut terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan menyebabkan peningkatan kos haji.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: