Raja Permaisuri Agong Kongsi Rezeki Beri Duit Pada Intern OKU Ketika Melawat Sri Pentas
Wah, rezeki!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
YDPA dan Raja Permaisuri Agong hadir mencemar duli ke Sri Pentas, Bandar Utama semalam
Kehadiran baginda berdua telah disambut meriah oleh para staf Media Prima di lobi utama pintu masuk Sri Pentas.
Baginda berdua dilihat mesra menegur para staf yang menyambut mereka dan salah seorang daripada staf tersebut itu adalah seorang intern OKU.
Semasa mereka berbual, Raja Permaisuri Agong dilihat kongsi rezeki dengan intern tersebut memberi sekeping sampul wang kepadanya.
Staf Media Prima yang mengandung turut dapat duit daripada Tunku Azizah
Bukan itu sahaja, Raja Permaisuri Agong juga dilihat memberi duit kepada staf ibu-ibu mengandung yang ada ketika menyambut kehadiran baginda berdua.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad turut dilihat mendapat duit tersebut daripada Raja Permaisuri Agong memandangkan dia juga sedang mengandung.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!