seismik

Kanak-Kanak Hidap Sindrom Werewolf Ini Diambil Sebagai Anak Angkat Oleh Permaisuri Agong

Difahamkan, kanak-kanak tersebut ditemui semasa lawatan Keluarga Diraja ke Borneo.

Cover image via Kak Na & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjadikan kanak-kanak istimewa, Missclyen Roland, 2, yang menghidap sindrom Werewolf sebagai anak angkat

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook ibu kanak-kanak tersebut, Theresa Anak Gunting menunjukkan sebuah surat rasmi dari Istana Negara mengenai hasrat Permaisuri Agong itu.

Baginda bertitah akan menjaga anaknya dalam aspek memberi perbelanjaan persekolahan selain perbelanjaan perubatan untuk Missclyen.

“Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, beta akan memberikan perbelanjaan melalui tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.

“Selain itu, beta akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hipertrichosis atau sindrom Werewolf yang dihadapinya. Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban tuan dan pacal pondok (isteri) dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” titah baginda.

Image via Kak Na

Rasa bagai mimpi selepas menerima perutusan Tunku Azizah Aminah

Dalam pada itu, Theresa menerusi hantaran Facebooknya itu memberitahu, perasaannya umpama mimpi apabila menerima surat berkenaan di samping menganggap ianya adalah rezeki yang bertuah untuk anaknya.

“Rasa bagai mimpi, bila dengar ayah awak cakap tadi, dan dia pun beri satu surat. Saya pun baca, tak perasan yang surat ini adalah pengambilan anak angkat daripada Tunku Permaisuri.

“Memang cukup bertuah awak anak. Harap semua dipermudahkan. Nanti lama kita tak berkawan, kalau awak dibawa ke sana. Memang tidak berhenti air mata saya mengenangkan kerana terlalu gembira,” katanya.

Image via Kak Na

Alhamdulillah, rezeki adik ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: