7 Jenama Kopi Tempatan Yang Anda Boleh Cuba Setanding Dengan Citarasa Antarabangsa
Ayuh support kopi lokal!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Untuk memastikan pagi yang segar, secawan kopi sudah pasti menjadi pilihan ramai sebagai minuman pemula hari
Kali ini, kami kongsikan 7 jenama kopi lokal yang anda boleh cuba dan jadikan pilihan baharu di samping dapat menyokong perniagaan tempatan.
1. ZUS Coffee
Jenama kopi tempatan yang membuka francais pertamanya di Binjai, Kuala Lumpur mula beroperasi pada tahun 2019.
Jenama ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila sehingga kini ZUS Coffee telah memiliki lebih 300 cawangan di Malaysia.
2. Bask Bear Coffee
Walaupun mula membuka kiosk sewaktu pandemik COVID-19 melanda, kafe ini juga berkembang pantas mungkin disebabkan bernaung di bawah Loob Holdings, syarikat sama yang mengendalikan francais Tealive.
3. Richiamo Coffee
Kedai kopi ini sesuai buat golongan muda dan mahasiswa disebabkan penawaran kopi premium dijual dengan harga yang lebih rendah.
Dimiliki oleh orang Muslim, jenama kopi ini pernah mendapat anugerah 'Brand of the Year' dalam World Muslimpreneur Award.
4. Gigi Coffee
Francais kopi ini terkenal dengan kualiti bijian kopinya kerana kesemua kopi yang dihasilkan menggunakan 100% biji kopi Arabica.
Dilancarkan pada tahun 2019, Gigi Coffee sehingga kini telah memiliki 127 cawangan di seluruh Malaysia.
5. Kopi Saigon
Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Akmal memulakan francais tersebut selepas menjalankan kajian dan penambahbaikan terhadap menu kopi tempatan yang disesuaikan mengikut citarasa Malaysia.
Kopi Saigon menggunakan biji kopi Robusta yang diimport khas dari Vietnam disamping menawarkan menu kopi yang diseduh khas menggunakan penuras Phin seperti di Vietnam.
6. San Francisco Coffee
Kedai kopi yang disangka berasal dari Amerika Syarikat ini sebenarnya merupakan jenama kopi lokal yang diasaskan Datuk Abdul Rahim Zin yang mempunyai matlamat membawa budaya kopi di San Francisco.
Francais kopi ini berpegang kepada tiga prinsip bagi mengekalkan kualiti kopi iaitu tidak menggunakan kopi yang telah dipanggang lebih daripada satu bulan; tidak menggunakan kopi melebihi seminggu selepas beg dibuka, dan tidak menggunakan kopi yang telah dikisar lebih daripada satu jam.
7. Old Town White Coffee
Old Town White Coffee mengkhususkan kopi Hainan yang diperkenalkan imigran Cina dari Hainan di Ipoh, Perak.
Diasaskan oleh Goh Ching Mun, Tan Say Yap dan Lee Siew Heng, francais ini menggunakan biji kopi yang disangai ringan dalam marjerin, diseduh dengan karamel dan ditambah dengan sus pekat pada kopi tersebut untuk memperkayakan rasanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!