Pemandangan Tercemar, Taman Tasik Titiwangsa Kotor Dengan Sampah Ditinggalkan Pengunjung
Jenis tak ada common sense.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Taman-taman awam sentiasa menjadi tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama yang tersayang
Pemandangan menarik dan fasiliti atau kemudahan yang disediakan menjadikan tempat seperti ini sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.
Namun begitu, sikap segelintir orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan tempat ini tercemar disebabkan peninggalan sampah sarap secara merata.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di X memaparkan pemandangan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur tercemar apabila kelihatan sampah sarap ditinggalkan merata-rata.
Jualan makanan dan minuman di tepi jalan di taman tersebut dikatakan antara penyumbang kepada masalah ini
Dalam pada itu, terdapat sebuah lagi ciapan balas pada hantaran berkenaan mengatakan terdapat penjualan makanan dan minuman di sekitar taman berkenaan.
Difahamkan, tempat meletakkan kenderaan juga diambil oleh peniaga untuk membuka gerai mereka menyebabkan orang awam sukar untuk mencari parkir.
Terdapat juga balasan membandingkan taman tersebut dengan Taman Tasik Taiping yang tidak membenarkan perniagaan dijalankan di sekitarnya dilihat bersih.
“Lepas Subuh kalau pusing sini, sakit mata tengok. Merdeka merdeka dah. Tak ada sivik” - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di X, ia telah meraih sehingga 505.7K views, 904 reposts dan 695 likes.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di X.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!