seismik

[VIDEO] Lelaki Selamba Berak Di Tempat Wuduk Surau Bertindak Agresif Apabila Ditegur

Dah buat salah dia pula yang marah.

Cover image via @m.norazlii

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak salah untuk singgah di surau awam untuk menggunakan tandasnya

Apa yang menjadi kesalahan adalah tempat yang tidak sepatutnya menjadi tempat mengambil wuduk disalah guna.

Itu yang berlaku apabila tular seorang lelaki didapati melakukan perkara yang menjijikkan membuang air besar di tempat mengambil wuduk.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah surau awam Seksyen 17, Shah Alam pada Rabu lepas. Menurut kapsyen yang ditulis @m.norazlii pada video yang dikongsikannya itu, lelaki itu turut bertindak agresif cuba menyerang seorang penjawat awam yang menegurnya.

Ramai menyalah anggap lelaki itu buang air di dalam tandas tetapi hakikatnya perkara yang jijik dilakukan

Dalam satu lagi hantaran video lelaki itu di TikTok menunjukkan bagaimana lelaki yang 'kantoi' buang air besar itu benar-benar melakukannya di tempat mengambil wuduk.

Dalam hantarannya itu, dia memberitahu dan menunjukkan bukti gambar perbuatan jijik itu menerusi video tersebut.

Perkara tersebut dilakukan apabila ramai tersalah anggap pesalah itu membuang air di dalam tandas kerana pada video pertama hantarannya itu tidak menunjukkan bukti tempat mengambil wuduk itu telah tercemar.

"Tengah makan tiba-tiba keluar video ni, jem" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.9M views, 59.4K likes dan 993 shares.

Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video-video itu di bawah:

@m.norazlii

Seorang lelaki (kurang siuman) MENYERANG SEORANG PENJAWAT AWAM , Kes berlaku di SHAH ALAM !

Dramatic Military - Faid rafanda
@m.norazlii Replying to @wildanimal43 jika berak di tandas surau tiada masalah . Kenapa harus membuang najis di tempat mengambil wudhu ? Harap PDRM mengambil tindakan tegas . #fyp Dramatic Military - Faid rafanda

Teruk betul perangai >:(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: