seismik

Tular Daging Katak Dijual Secara Terbuka Bersama Makanan Basah Yang Lain Di Pasar Raya

Naya kalau orang ingat tu burung puyuh.

Cover image via Azmi Ahmad Anuwar (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasar raya basah sentiasa menjadi pilihan ramai untuk membeli bahan basah disebabkan pilihan yang pelbagai dan banyak

Tidak kiralah makanan laut, daging mentah dan sayur-sayuran, premis seperti ini menyediakan pilihan yang pelbagai untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bahan basah.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook mengejutkan orang ramai apabila didapati terdapat daging katak dijual secara terbuka bersama bahan basah yang lain.

Pendedahan yang dilakukan oleh Azmi Ahmad Anuwar di Facebook itu menunjukkan kejadian itu berlaku di pasar raya NSK Selayang pada Selasa lepas.

Menurut lelaki itu, dia telah membuat aduan kepada pihak pasar raya berkenaan dan mendapat respon rata-rata mereka tidak tahu akan perkara tersebut.

Aduan sudah dibuat dan sudah mendapat penjelasan daripada KPDNKK

Tindakan lanjut telah dibuat lelaki berkenaan dengan membuat aduan kepada KPDNKK.

Menurut maklum balas yang diberikan pihak KPDNKK tiada daging katak yang boleh dipamer untuk jualan. Stok daging katak itu juga sebenarnya untuk premis NSK cawangan Kuchai.

Salah faham berlaku antara pihak pengurusan dan pekerja yang menerima daging katak berkenaan yang terus diletakkan di rak pameran untuk dijual.

Tambah pihak KPDNKK itu lagi, amaran keras telah diberikan kepada mereka supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi.

Aduhai, boleh pula dia letak sebelah-sebelah tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: