Walaupun Tidak Mewah, Isteri Terharu Dengan Effort Suami Sambut Ulang Tahun Perkahwinan
Suami yang sebenar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam rumah tangga, sambutan ulang tahun perkahwinan sudah pasti menjadi sesuatu yang dapat menguatkan lagi hubungan antara suami isteri
Lebih-lebih lagi apabila si suami itu sendiri yang merancang dan membuat kejutan untuk isteri, sudah pasti si isteri akan rasa dihargai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang suami merakamkan persediaannya membuat kejutan untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Menerusi video tersebut, suami berkenaan dilihat merancang melakukan kejutan itu secara sederhana di mana dia tidak menggunakan wang yang banyak dalam persediaan tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah walaupun tidak mewah, effort yang ditunjukkan oleh lelaki itu sangatlah tinggi dalam membuat kejutan tersebut.
"Effort abang lagi mahal dari makan fine dining kat KLCC" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.1M views, 97.9K likes dan 9.7K shares.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!