seismik

Larian Persis Haaland, Aktiviti Hari Sukan Prasekolah Ini Tarik Perhatian Ramai Warganet

Baju dah sama biru macam Manchester City.

Cover image via @syafiqah_halid (TikTok) & theguardian.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari sukan sekolah merupakan antara aktiviti meriah dianjurkan pihak sekolah setiap kali ia diadakan

Aktiviti ini juga dikatakan digemari ramai pelajar mungkin disebabkan mereka tidak perlu masuk ke kelas memandangkan selalunya hari sukan ini diadakan pada hari persekolahan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah aktiviti olahraga sedang berjalan yang disertai para pelajar prasekolah.

Apa yang menarik perhatian adalah larian salah seorang peserta acara itu dilihat seperti gaya pemain bola sepak, Erling Haaland.

Bukan itu sahaja, sebelum itu berlaku sesuatu yang tak dijangka apabila salah seorang peserta yang baru sahaja menerima baton dilihat hanya berlari seketika dan tersalah menghulur baton kepada peserta lain.

"Yang dekat ada, buat apa bagi yang jauh" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 3.1M views, 163.8K likes dan 2.5K shares.

Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Lihat video tersebut di bawah:

@syafiqah_halid Replying to @kentangkental Haaland (Ha Ha Ha) - CTID

Macam-macam berlaku dalam video ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: