seismik

Lelaki 24 Tahun Dipenjara 6 Bulan Selepas Ditemui Miliki 19,011 Bahan Lucah Kanak-Kanak

Tertuduh juga dikenakan denda sebanyak RM2,500.

Cover image via Harian Metro & foursquare.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembantu kedai ubat tradisional di Perak didapati bersalah menyimpan 19,011 video dan gambar lucah kanak-kanak

Tertuduh telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Teluk Intan setelah didapati menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam USB flash drive miliknya.

Liew Ming Hui, 24 didakwa mempunyai bahan pornografi kanak-kanak dalam satu unit kad memori dan dia mengaku salah sebaik sahaja perutuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut sumber, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang membolehkan dia dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Image via Harian Metro

Dakwaan ini susulan penemuan bahan pornografi kanak-kanak pada 29 Mei lalu

Berdasarkan fakta pada kes 29 Mei lalu, polis telah merampas sebuah komputer riba jenama Acer, satu unit adapter komputer riba jenama Liteon dan satu unit flash drive jenama Kingston.

Kes tersebut membabitkan video dan gambar lucah kanak-kanak di Rumah Nombor 19 Atas, Lorong 1, Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 Langkap.

Gambar sekadar hiasan.

Image via examinerlive.co.uk

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dia disabitkan bersalah

Peguam tertuduh, Jude Pereira merayu supaya anak guamnya diberikan hukuman ringan berbentuk denda atas alasan tertuduh adalah anak tunggal yang membantu perniagaan kedai ubat tradisional milik bapanya dan sudah insaf selain itu adalah kesalahan pertama tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri memohon mahkamah untuk tetap memberi hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Peguambela tertuduh kemudiannya memohon penggantungan pelaksanaan hukuman sementara rayuan namun mahkamah tidak membenarkannya dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dia disabit bersalah.

Image via foursquare.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: