Pembinaan Menara Andalus Di Gaza Yang Dibiayai Negeri Kelantan Musnah Dibom Tentera Israel
Bangunan tersebut telah dibina pada tahun 2021.
Menara tertinggi di utara Gaza musnah sehingga rata dibom rejim Israel
Konflik di Palestin pada masa ini menyebabkan Gaza diserang rejim Israel dan akhirnya mengakibatkan ramai nyawa tidak bersalah terkorban.
Bangunan-bangunan dan binaan di Gaza sudah pasti terkesan apabila banyak kemusnahan yang berlaku termasuk tragedi pengeboman hospital dan gereja di Gaza baru-baru ini.
Baru-baru ini, dapat diketahui juga sebuah bangunan menara yang tertinggi di utara Gaza musnah sehingga rata dibom rejim Zionis. Menara tersebut merupakan bangunan yang telah dibina pada tahun 2021 dan dibiayai oleh kerajaan negeri Kelantan..
Sumbangan Sultan, kerajaan, rakyat Kelantan dan Aid4Palestine
Perkara ini dapat diketahui apabila terdapat gambar bangunan tersebut memaparkan bendera Kelantan digantung pada menara itu.
Pembinaan menara itu telah dibiayai gabungan sumbangan oleh Sultan, kerajaan dan rakyat Kelantan serta Aid4Palestine. Pembinaan itu juga diselia Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Sebelum ini, terdapat juga bangunan di Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah iaitu Masjid Muhammad Al Amin yang dibina pada tahun 2013 dibom tentera Israel baru-baru ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!