seismik

Barrier Ditolak Air Akibat Ribut Petir, Rider Gigih Bantu Alihkan Untuk Elak Kesesakan

Semoga murah rezeki rider tu.

Cover image via @ninaa.nordin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebelakangan ini, hujan lebat sering melanda sehingga boleh menyebabkan berlakunya banjir

Kawasan yang sering terkesan dengan perkara ini sudah pasti di sekitar kawasan Lembah Klang melibatkan kawasan pembinaan jalan yang sering ditakungi air.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah jalan yang mula ditakungi air. Disebabkan itu, penghadang jalan bergerak merata-rata tempat kerana ditolak air.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang rider penghantar makanan sanggup berhenti seketika bantu mengalihkan penghadang jalan yang telah menghalang laluan walaupun hujan masih belum berhenti.

"Semoga order abang tu masuk banyak-banyak, terima kasih orang baik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 580.4K views, 44.6K likes dan 312 shares.

Rata-rata reaksi yang diberikan oleh netizen di TikTok pada bahagian komen memuji tindakan rider tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Lihat video berkenaan di bawah:

Baiknya, Insya-Allah semoga dia dipermudahkan urusan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: