Akaun Instagram ‘Koyak’ Dengan Gigi Hadid Apabila Selebriti Itu Mengecam Kerajaan Israel
Akaun Instagram tersebut merupakan akaun rasmi Israel.
Gigi Hadid buat akaun Instagram rasmi Israel 'koyak' dengan kenyataannya berkaitan isu di Palestin
Model berketurunan Palestin berusia 28 tahun itu diserang akaun rasmi kerajaan Israel di Instagram apabila model tersebut membuat kenyataan di Instagram Story mengecam kerajaan Israel.
Dalam Instagram Story hantaran selebriti itu menyatakan "Tiada yang Yahudi tentang layanan kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin. Mengutuk kerajaan Israel bukan antisemitik dan menyokong rakyat Palestin tidak bermakna menyokong Hamas."
Kritik kenyataan Gigi Hadid menerusi Instagram Story
Tidak berpuas hati dengan tindakan model tersebut, akaun Instagram rasmi Israel bertindak membalas semula kenyataan Gigi Hadid dengan membuat hantaran di Intagram Story sambil mengetag akaun Instagram model berkenaan pada hantaran itu.
Hantaran-hantaran tersebut menyatakan pendirian Israel terhadap kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin. Dalam hantaran itu juga ada provokasi dilakukan ke atas Gigi Hadid sambil diselitkan propaganda Israel yang memutarbelitkan kenyataan.
Kedua-dua beradik Gigi dan Bella Hadid terkenal dengan kelantangan bersuara tentang kebebasan Palestin
Gigi dan adiknya Bella Hadid yang juga merupakan seorang supermodel terkenal dengan sokongan mereka terhadap pergerakan membebaskan Palestin daripada kekejaman Israel.
Bapa mereka, Mohamed Anwar Hadid, seorang pemaju hartanah di Amerika merupakan imigran dari Palestin yang berpindah ke Amerika Syarikat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!