seismik

Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Berketurunan Palestin Ini Ditikam 26 Kali Hingga Mati Di AS

Difahamkan, pembunuhan itu berlaku di Ilinois, Amerika Syarikat.

Cover image via @AhmadFaezal4 (X) & reuters.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru berusia 6 tahun, Wadea al-Fayoume dibunuh oleh pemilik rumah sewa keluarganya

Kanak-kanak tersebut telah ditikam sebanyak 26 kali sehingga mati hanya disebabkan dia berketurunan Palestin yang tinggal di Amerika Syarikat.

Ibu kepada kanak-kanak malang itu juga diserang namun berjaya diselamatkan selepas mendapat rawatan di hospital.

Pemilik kepada rumah yang disewa kepada keluarga itu, Joseph Czuba telah ditangkap pihak polis selepas didakwa bertanggungjawab ke atas serangan dan pembunuhan berkenaan.

Lelaki itu bertindak menyerang dua beranak tersebut selepas menonton berita

Menurut siasatan awal, lelaki yang berusia 71 tahun itu didapati bengang selepas menonton berita yang disyaki memaparkan konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.

Dia telah pergi ke rumah yang disewakan kepada keluarga al-Fayoume berkenaan dan mula menyerang dua beranak tersebut sebaik sahaja si ibu membuka pintu.

Menurut laporan CNN, lelaki itu cuba mencekik ibu tersebut sebaik sahaja dia membuka pintu dan menyerangnya dengan pisau sambil menjerit "you Muslims must die,".

Kanak-kanak tersebut baru sahaja menyambut hari lahirnya

Menurut Ahmed Rehab, Pengarah Eksekutif CAIR-Chicago, Wadea baru sahaja menyambut hari lahirnya baru-baru ini sebelum kematiannya.

"Wadea sukakan semua orang, dia sukakan mainan, dia sukakan apa-apa sahaja sukan yang melibatkan bola, bola keranjang, bola sepak, dia suka untuk mewarna, suka bermain buaian, sayangkan ibu bapanya, sayangkan keluarga dan rakan-rakannya, dia sayangkan kehidupan ini dan menantikan untuk membesar hidup dengan sihat dan mempunyai kehidupan indah.

"Dia tidak tahu tentang isu besar berlaku di dunia ketika ini tetapi dia yang terpaksa menerima padahnya," tambah Ahmed Rehab - CNN

Image via reuters.com

Salam takziah buat keluarga mangsa :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: