Remaja 'Jual Diri' Di TikTok, Tawar Video & Gambar Seksi Dengan Harga Serendah RM4.90
Difahamkan, terdapat juga remaja berusia seawal 14 tahun terlibat dengan kegiatan ini.
Melakukan aksi mengghairahkan sambil memakai pakaian sekolah merupakan kegiatan yang tidak senonoh
Menerusi laporan daripada Kosmo!, remaja-remaja dikatakan menjual rakaman dan gambar aksi menggairahkan sambil memakai pakaian seragam sekolah.
Seorang gadis berusia 16 tahun yang mahu dikenali sebagai Ain mengakui telah menjual 15 gambar seksinya sambil memakai pakaian seragam sekolah. Tambahnya lagi, kebanyakan gambar yang dijualnya tidak menampakkan wajah.
“Saya hanya memperlihatkan aset tubuh badan seperti pipi, payudara dan pinggul serta pakaian harus ketat untuk tampilkan imej seksi,” katanya kepada Kosmo!.
TikTok menjadi platform penjualan gambar dan video remaja berpakaian seksi
Ketika siasatan dijalankan Kosmo! terhadap sebuah akaun di TikTok mendapati akaun tersebut ditemui menerbitkan gambar dan video remaja berpakaian seksi.
Akaun tersebut didapati mula aktif pada 17 Mei 2023 dan setiap hari akan ada video dan gambar baru dimuat naik untuk tontonan pengikutnya.
Bahan-bahan yang diperoleh juga dikatakan didapatkan dalam kalangan remaja sekolah yang sukarela menjual rakaman gambar dan video mereka kepada akaun TikTok berkenaan.
Namun begitu, terdapat juga bahan diperoleh hasil curian daripada konten akaun pengguna media sosial yang lain.Video dan gambar seksi ditawarkan dengan harga serendah RM4.90
Hampir 200,000 orang telah mengikuti akaun TikTok terbabit sambil telah mendapat 2.3M likes pada akaun berkenaan.
Mereka juga menawarkan penjualan bahan-bahan tersebut dengan harga serendah RM4.90 untuk setiap pembelian. Tiada had langganan dikenakan bagi mereka yang ingin mendapatkan kandungan tersebut secara one-off serta bayaran boleh dibuat menerusi pelbagai kaedah seperti kad kredit atau debit.
Akaun TikTok tersebut juga mempunyai 276 gambar dan video yang telah dimuat naik sejak 5 bulan yang lalu dengan jumlah views mencecah 60K sehingga 2.7M untuk setiap satu posting.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!