Aglio Olio & Nasi Goreng Udang Mesin 'Gedegang' RM3 Je Di Hospital Serdang!
Kena try ni!
Mesin layan diri sememangnya memudahkan seseorang yang ingin mendapatkan makanan dengan cepat
Namun begitu, kebanyakan mesin layan diri ini menawarkan harga jualan yang lebih tinggi berbanding barangan yang dijual di kedai biasa.
Lain pula yang berlaku di Hospital Serdang apabila tular sebuah hantaran di laman X memaparkan sebuah mesin layan diri di sana menjual makanan dengan harga yang jauh lebih murah.
Berbagai makanan yang ada termasuk Mac n Cheese turut dijual dengan harga RM3
Menerusi hantaran berkenaan, wanita tersebut berkongsi makanan yang dijual seperti aglio olio, nasi goreng udang dan Mac n Cheese hanya berharga RM3 sahaja.
Tambahan pula isinya juga meriah dengan sayur-sayuran dan telur membuatkan harga yang diberikan itu sememangnya berpatutan.
Boleh refund on the spot!
Lebih menarik lagi, mesin layan diri yang disediakan itu membolehkan pelanggan untuk mendapat refund jika berlaku sesuatu.
Itulah yang ditunjukkan wanita itu apabila dia berhadapan dengan masalah apabila cuba membeli lagi makanan daripada mesin layan diri tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!