Mahkamah Perintah Caprice & Mondy Untuk Padam Video Berkaitan Ebit Lew Dalam Tempoh 24 Jam
Mondy dijemput Caprice untuk sertai podcast tersebut.
Ebit Lew berjaya dapatkan perintah injuksi di Mahkamah Sesyen Shah Alam Khamis lalu
Perkara tersebut dilakukan berikutan tularnya video podcast antara Caprice dan Mondy Tattoo di laman YouTube @CapriceOriginalFilms lima lagi video di laman Instagram penyanyi rap itu.
Mahkamah telah memerintahkan untuk video-video tersebut dipadam dalam tempoh 24 jam selepas Ebit Lew memperoleh perintah injunksi bagi menghalang Caprice dan Mondy mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan reputasi penceramah bebas itu.
Ebit Lew sebagai plaintif telah menamakan Caprice dan Mondy Tattoo sebagai defendan pertama dan kedua.
Ebit Lew mendakwa mula mengenali Mondy ketika jalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta
“Ketika itu, wanita berkenaan memperkenalkan diri sebagai ibu tunggal dan gelandangan.
“Pada 12 Jun lalu, Mondy berkunjung ke Malaysia bagi mempelajari dan mendalami agama Islam di Ma'ahad Ad-Dirasaatil Islamiyyah, Sri Petaling, di sini,” katanya.
Dalam pada itu, pihak plaintif berkata, Mondy kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelajarannya dan pulang ke Indonesia sebulan kemudian.
Caprice telah memuat naik sebuah video podcast tersebut pada 15 September lalu dengan Mondy sebagai tetamu jemputan.
Rakaman video berkenaan menunjukkan dakwaan pihak plaintif melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy selain dikatakan sebagai seorang penunggang agama.
Komen negatif, cacian dan makian dapat dilihat pada bahagian komen
Pihak plaintif juga telah mendakwa pihak defendan pertama iaitu Caprice berniat jahat menerbitkan video berkenaan tanpa mendapatkan kenyataan daripadanya dan peguam.
Hasil terbitan video itu di YouTube, banyak komen negatif seperti cacian dan makian dapat dilihat pada bahagian komen.Ebit Lew turut mendakwa Caprice dan Mondy telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengakibatkan dirinya dikecam, diejek dan diaibkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!