seismik

[VIDEO] Gembira & Sedih, Anak Peluk Bapanya Selepas Hampir 5 Bulan Tak Berjumpa

Lama tu tak jumpa.

Cover image via @saqinahmansor (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita bertemu semula seseorang yang tersayang selepas tempoh yang lama, sudah pasti kita akan beremosi sedikit bukan?

Situasi ini sering kita dapat lihat di dalam situasi ketika anak pulang ke kampung bertemu ibu bapa selepas tidak berjumpa dalam masa yang lama.

Itulah yang kita dapat lihat menerusi sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki memeluk bapanya sebaik sahaja mengetahui kehadirannya.

Lihat video tersebut di bawah:

@saqinahmansor Dia memang suka kalau surprise bila daddy balik. Momi rasa dia memang suka perasaan bila nampak daddy balik. Tapi kali ni extra sikit drama, 1st time dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya lately ni memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang2 tanya daddy ada line tak untuk video call. Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi2. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia Pendam. Mungkin terlalu rindu. Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas 4 bulan setengah. Enjoy this precious moment abang Sayf! Khamis . 5 Oktober 2023 #seafarerslife #pjj #fyp Buah Hati - Armada

Kembali bertemu selepas 4 bulan setengah

Menerusi video tersebut, kelihatan bapa itu tunggu di luar kereta sambil memerhatikan anak lelakinya yang tidak perasan kehadiran bapanya.

Sebaik sahaja bapa itu mengetuk cermin pintu kereta, budak lelaki berkenaan terus menoleh dan membuka pintu kereta lalu memeluk bapa tersebut.

Budak lelaki berkenaan dilihat menitiskan air mata dalam masa yang sama gembira melihat kehadiran bapanya itu.

@saqinahmansor Replying to @hamikeret Jangan risau semua aunty uncle.. daddy sayf sejenis clown yang penuh dengan dad jokes. Sayf dah berhenti nangis dengan lawak daddy yang tak seberapa tu. #fyp #pjj #pjjlife #seafarerslife original sound - Saqinah Mansor

"Masalahnya dengan saya yang menangis ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.5M views, 183.7K likes dan 3.7K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen:

Nampak rindu betul adik ni dekat bapanya :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: