seismik

[VIDEO] Konvoi Kereta Di Bukit Bintang Berarak Kibarkan Bendera Palestin Ini Curi Tumpuan

Doa untuk rakyat Palestin.

Cover image via @noraffezannasreen (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak dari dulu lagi, rakyat Malaysia tak pernah berhenti menyokong Palestin

Buktinya, banyak organisasi bukan kerajaan membantu dalam segala aspek termasuk kewangan, makanan dan pakaian,

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan konvoi beberapa buah kereta mengibarkan bendera Palestin di Bukit Bintang.

Lihat video tersebut di bawah:

Tanda sokongan ke atas konflik yang berlaku

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan orang berarak membawa kereta sambil mengibarkan bendera Palestin di hadapan Pavilion Bukit Bintang.

Perarakan ini dipercayai simbolik kepada sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin yang sedang berdepan konflik peperangan dengan Israel.

"Walaupun kita tidak mampu untuk sampai di sana untuk bantu, sekurang-kurangnya kita support dari sini dan kiriman doa untuk pejuang islam kita" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.7M views, 231.7K likes dan 6.8K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen:

Keadaan dekat sana dah makin teruk khabarnya :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: