Pekerja Tabur Kelemumur Atas Kek Cawan Gara-Gara Kehabisan Kelapa, Terus Dipecat

Alamak, macam mana dia boleh terfikir idea tu ya?

Cover ImageCover image via ChatGPT

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pekerja kedai roti berusia 26 tahun dipecat selepas bertindak menggunakan kelemumur dari kulit kepalanya sendiri sebagai hiasan kek cawan apabila bekalan kepingan kelapa di dapur habis

Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di Ohio ketika pekerja tersebut sedang menyiapkan pesanan sebanyak 48 kek cawan untuk sebuah majlis hari jadi di pejabat.

Bagaimanapun, dia mendapati kepingan kelapa yang sepatutnya digunakan sebagai hiasan sudah kehabisan ketika dapur sedang sibuk.

Daripada memaklumkan perkara itu kepada pengurus, pekerja berkenaan memilih untuk mencari jalan penyelesaian sendiri dengan cara yang mengejutkan.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Tindakannya terbongkar selepas seorang rakan sekerja menyedari dia berulang kali menggaru kulit kepala tepat di atas kek cawan yang baru disapu krim mentega

Rakan sekerja itu kemudian segera melaporkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan.

Ketika berdepan dengan pengurus, pekerja tersebut cuba mempertahankan tindakannya dengan mendakwa kepingan putih kelemumur itu kelihatan hampir sama seperti kelapa.

"Tiada siapa yang akan perasan perbezaannya," katanya.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via

Susulan kejadian itu, kesemua 48 kek cawan berkenaan terpaksa dibuang, manakala dapur kedai roti tersebut menjalani proses sanitasi.

Pekerja berkenaan turut dipecat serta-merta kerana tindakannya dianggap melanggar standard kebersihan makanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS