Hukum Nazar Simpan Rambut Sampai Isteri Mengandung, Kena Kaffarah Jika Dibatalkan?

Difahamkan, nazar hanya sah apabila melibatkan perkara ketaatan kepada Allah SWT, seperti berpuasa sunat, solat sunat dan iktikaf.

Cover ImageCover image via Kosmo! & Rumaysho.Com

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki memohon penjelasan sama ada dia boleh membatalkan nazar untuk tidak memotong rambut sehingga isterinya hamil, memandangkan rambutnya kini terlalu panjang dan menyukarkan urusan harian

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Menurut perkongsian Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laporan Kosmo!, nazar yang dilakukan berkaitan perkara harus seperti makan, tidur atau tidak memotong rambut adalah tidak sah.

Nazar hanya sah apabila melibatkan perkara ketaatan kepada Allah SWT, seperti berpuasa sunat, solat sunat dan iktikaf.

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat, maka janganlah dia melakukan maksiat itu,"

(Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Ramli turut menjelaskan bahawa sesuatu nazar tidak sah jika dilakukan terhadap perkara yang bukan termasuk dalam amalan ibadah, termasuk perbuatan harus seperti makan dan tidur.

Oleh itu, nazar untuk tidak memotong rambut sehingga isteri mengandung adalah tidak sah

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rumaysho.Com

Sekiranya lelaki berkenaan memutuskan untuk memotong rambutnya, dia tidak perlu membayar kaffarah, sama ada dengan memberi makan atau pakaian kepada orang miskin mahupun berpuasa.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya mempertimbangkan kesan dan akibat sesuatu nazar sebelum melakukannya agar tidak menimbulkan kesusahan pada kemudian hari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS