seismik

Kejadian Lupa Anak Dalam Kereta, Ikuti 5 Langkah Berjaga Hanya Menggunakan Waze Ini

Bagus juga ada feature ni.

Cover image via bostonglobe.com & my.theasianparent.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan kejadian anak kecil tertinggal di dalam kereta

Kejadian-kejadian seperti ini mungkin berlaku disebabkan penukaran rutin ibu bapa sehingga mereka terlupa tentang anak.

Perkara ini menyebabkan anak yang masih kecil terperangkap dan boleh lemas sehingga boleh menyebabkan kematian.

Susulan berlakunya kejadian-kejadian ini, terdapat beberapa langkah berjaga yang boleh diambil ibu bapa dengan hanya menggunakan aplikasi Waze.

Lihat lima langkah yang dikongsi Dr. Ita Jusnita di bawah:

1. Buka aplikasi Waze dan klik icon tiga garisan yang ditunjukkan di dalam gambar

2. Klik pada butang Settings

3. Kemudian, tekan pada butang Reminders

4. Apabila sudah dibuka, tekan pada butang Child Reminder

5. Akhir sekali, anda boleh customise mesej yang anda mahu letak

Mesej yang diletak ini boleh memberikan peringatan kepada ibu bapa sekiranya mereka terlupa sesuatu dan mesej ini boleh membuatkan mereka berfikir seketika.

Dalam kes ini, ibu bapa boleh meletakkan peringatan seperti "check rear seats" sebagai peringatan untuk memeriksa jika ada penumpang di belakang atau tak.

Mesej peringatan akan timbul sebaik sahaja anda tiba di destinasi.

Harap dengan adanya feature macam ini dapat membantu ibu bapa yang ada anak kecil.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: