seismik

Sarawak Sedia Bangunkan 'Robot Pembantu' Untuk Kegunaan Harian Orang Ramai

Wah, menarik!

Cover image via nst.com.my & forbes.com.mx

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tan Sri Abang Johari mahu Sarawak hasilkan robot untuk membantu kegiatan harian orang ramai

Idea yang hadir itu datang daripada jururawat 'Grace the robot' yang membuat penampilan pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Sarawak Keenam (WCIT|IDECS) 2023 di Sarawak baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri bersedia untuk memberi peruntukan bagi projek penghasilan robot berkenaan.

Grace merupakan robot yang dibangunkan dengan teknologi AI buatan Hanson Robotics dari Hong Kong.

Image via designboom.com

Bekerjasama dengan syarikat antarabangsa bagi merealisasikan idea tersebut

"Mungkin kita boleh gunakan nama berbeza (untuk robot) yang lebih berciri Sarawak. Saya difahamkan Grace the robot mempunyai lebih 4,000 motor pada kepalanya sahaja.

"Mungkin untuk projek ini kita boleh minta Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk bekerjasama dengan Huawei.

"Mungkin kita boleh hasilkan robot yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan kita atau tugas dan aktiviti lain,"
katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC).

Image via bharian.com.my

Teringat game Detroit: Become Human :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: