seismik

Caprice Akur Padam Konten Berkaitan Ebit Lew - "Tak Boleh Langsung Cakap Pasal Kes Ni"

Dah berapa episod dah ni.

Cover image via @capricedaddycap (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Caprice akhirnya akur apabila terpaksa memadam posting berkenaan Ebit Lew selepas diperintah oleh mahkamah

Mahkamah telah memerintahkan Caprice untuk memadam video-video berkaitan Ebit Lew dipadam dalam tempoh 24 jam selepas Ebit Lew memperoleh perintah injunksi bagi menghalang Caprice dan Mondy mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan reputasi penceramah bebas itu.

Susulan itu, Caprice dalam satu kenyataannya di Instagram mengatakan dia akan mengikut perintah mahkamah memadam semua posting yang berkaitan dengan kes berikut.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Tidak boleh bercakap mengenai kes dan orang yang terlibat dalam kes berkenaan

Caprice juga diarahkan untuk tidak dibenarkan bercakap tentang orang-orang yang terlibat atau berbincang tentang kes ini secara langsung ataupun tidak langsung dalam apa-apa bentuk platform.

Caprice memohon maaf kepada mangsa yang memintanya tampil untuk membincangkan isu ini

Dalam hantaran tersebut, Caprice juga memohon maaf kepada individu-individu yang memintanya untuk tampil membuka mulut berkaitan isu ini.

"InsyaAllah kebenaran tak boleh disembunyi no matter how hard they try. We will fight harder," katanya menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran Instagram berkenaan.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: