seismik

[VIDEO] Tunjuk Pintu Masuk Surau Awam Lelaki & Wanita, Sekali Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Pelik tapi benar.

Cover image via @nabila.othmann (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak kira di mana saja, kewajipan sebagai seorang Muslim untuk menunaikan solat perlulah dilaksanakan

Sebab itulah penting untuk kita tahu lokasi surau ataupun masjid yang berdekatan untuk memudahkan lagi urusan menunaikan solat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita bersama suaminya terpaksa berpisah sebentar untuk memasuki surau mengikut jantina masing-masing bagi menunaikan solat.

Sekali masuk dalam surau kena surprise

Sebaik sahaja wanita itu membuka pintu, persekitaran surau itu dilihat bersih dan rapi jika diikutkan standard surau awam.

Namun begitu, apa yang menghiburkan adalah kedua-dua surau untuk wanita dan lelaki itu rupa-rupanya dalam satu ruang yang sama tetapi mempunyai dua pintu masuk berlainan mengikut jantina.

"Nohhh surau unisex" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 398.5K views, 16.8K likes dan 201K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan reaksi terhibur terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Lihat video penuh di bawah:

Macam ini pun boleh ya, bertabah jelah kak oi :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: