seismik

Lelaki Luah Rasa Kecewa Isi Khutbah Masjid Di Selangor Tidak Sentuh Isu Palestin

Hal ini berikutan apabila dikatakan isu Palestin tidak dibicarakan dalam khutbah di Selangor pada 13 dan 20 Oktober lalu.

Cover image via itc.gov.my & aljazeera.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia sejak dahulu lagi terkenal dengan sikap prihatin terhadap konflik yang berlaku di Palestin

Setiap kali timbulnya isu di Palestin, orang kita pasti pantas bersolidariti bersama rakyat Palestin yang terkesan dengan konflik di sana.

Namun begitu, terdapat sebuah hantaran di Facebook memaparkan seorang lelaki meluahkan sesuatu berkenaan isi khutbah yang tidak menyentuh isu Palestin sejak dua minggu lalu di Selangor.

Menerusi hantaran Nizzal Syafiq di Facebook, lelaki itu dilihat menyatakan rasa terkilan dan kecewanya apabila dia perhatikan sudah dua minggu isi tajuk khutbah semasa solat Jumaat tidak menyentuh mengenai konflik di Palestin.

Lelaki itu turut menghantar emel kepada pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Shahzihan Ahmad bagi mengusahakan supaya platform khutbah digunakan sebaik mungkin membawakan isu Palestin.

Berharap dapat menyuarakan kesengsaraan rakyat palestin di Tebing Barat & Gaza serta memberi peringatan untuk tidak terpedaya dengan ejen Mossad

Menerusi hantaran emel tersebut, lelaki itu menyuarakan cadangannya supaya isi khutbah perlulah memberitahu tentang perang yang berlaku di Palestin ketika ini di samping usaha untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki itu turut mencadangkan supaya pihak JAIS sertakan sekali peringatan di dalam teks khutbah mengenai kesedaran rakyat berkenaan tipu daya rejim Zionis yang aktif merekrut ejen-ejen upahan Mossad dalam kalangan orang Melayu.

Dalam pada itu, emel tersebut telah menerima balasan pantas dari pengarah JAIS yang memberi kenyataan pihak JAIS telah menerima mesej tersebut dan akan mengambil tindakan seterusnya

Perlu juga untuk gunakan platform khutbah ini sebaiknya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: