seismik

Karnival Jom Heboh Kini Di Angsana Johor Bahru Mall Dari 27 Oktober Hingga 29 Oktober

Karnival tersebut akan berlangsung selama tiga hari hujung minggu ini.

Cover image via Bernama & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Karnival Jom Heboh kembali lagi menggegarkan negeri Johor

Johor merupakan lokasi keempat bagi Karnival Jom Heboh (KJH) selepas mendapat sambutan luar biasa daripada negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang meraih lebih daripada 300,000 pengunjung di setiap lokasi.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memberikan hiburan serta kenangan kepada warga kota Johor. Hadiah menarik turut disediakan menerusi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Hot FM dan Seismik TV. Pada 28 dan 29 Oktober, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan konsert KJH yang akan berlangsung pada pukul 9.00 malam.

Sambil berhibur seisi keluarga, kita juga jangan lupa kepada mereka yang kini ditimpa dengan pelbagai ujian. Jom sama-sama hulurkan sumbangan dalam membantu mangsa yang terkesan akibat konflik di Palestin menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang telah diaktifkan semula susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus kepada di akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Pelbagai reruai akan dibuka antaranya daripada KWSP dan Studio Tonton Drama Sangat

Selain reruai di bawah naungan Media Prima, reruai lain juga turut menyediakan promosi hebat dan hadiah menarik seperti F&N, Pocky, Watsons dan banyak lagi. Reruai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menawarkan servis perkhidmatan seperti semakan penyata dan semakan caruman secara percuma. Selain itu, anda sekeluarga boleh luangkan masa bersama sambil menikmati makanan yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Kunafa Ojen, Cikidot, Vicha Bakso Beranak dan banyak lagi.

Untuk mengangkat seni tarian tradisional terkenal negeri ini, Studio Tonton Drama Sangat (STDS) akan menganjurkan Pertandingan Tarian Zapin Kreatif terbuka kepada kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Pertandingan ini juga dibuka kepada mana-mana sekolah dan persatuan. Jangan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan ini pada 28 Oktober kerana anda berpeluang merebut hadiah utama yang berjumlah RM3,000.

Reruai STDS juga turut menampilkan Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkasakan tradisi busana tradisional Malaysia dalam kalangan generasi muda agar pakaian ini tidak tenggelam dek zaman. Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak yang akan diadakan pada 27 Oktober ini menawarkan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM300.

Khas buat KJH Johor ini, selebriti yang bakal hadir adalah Afifah Nasir, Ummi Nazeera, Wani Kayrie, Sherry Ibrahim, Sharifah Sakinah, Wanna Ali, Ahmad Idham, Cef Naem, Michael Ang, Achey dan ramai lagi.

Image via Harian Metro

Program Sukaneka juga turut diadakan untuk pengunjung yang ingin menyertainya

Buat julung kalinya, TV9 akan mengadakan Sukaneka Janji Happy khas buat warga Johor. Kepada pengunjung yang ingin menyertai aktiviti sukaneka bersama selebriti, ini masanya kerana TV9 bakal menyediakan hadiah misteri buat pengunjung yang menyertai. Sukaneka Janji Happy ini akan diadakan pada 29 Oktober di luar perkarangan Studio Tonton Drama Sangat.

Konsert KJH akan diserikan dengan barisan artis seperti Wany Hasrita, Shiha Zikir, Sofarz, Kmy Kmo & Luca Sickta, Lan Solo, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Stacy Anam, Nabila Razali, Zizi Kirana, Akim Ahmad, Naim Daniel dan Estranged pada 28 dan 29 Oktober, pukul 9.00 malam. 

Jom Lokal Jam kini kembali dan akan menemani anda pada 27 Oktober bermula pada pukul 9.00 malam di Pentas Utama KJH. Ayuh saksikan dan sokong bakat baharu yang akan dipersembahkan. Kepada sesiapa yang berminat untuk serlahkan bakat nyanyian yang terpendam, anda masih berpeluang untuk tunjukkan bakat anda dengan menyertai Jom Lokal Jam.

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Ayuh semua warga Johor dan Selatan, jangan lupa serbu Karnival Jom Heboh Johor yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: