Dipanggil Miskin Kerana Datang Dari Negara SEA, Lelaki Ini Dibuli Ketika Belajar Di Korea
Lelaki yang berasal dari Thailand mendapat biasiswa untuk belajar di negara itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dapat berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran adalah peluang yang perlu diambil sebaiknya
Namun begitu, belajar di luar negara mungkin ada dugaannya tersendiri disebabkan perbezaan budaya dan bangsa.
Itu yang dialami seorang lelaki warga Thailand ini yang berhadapan masalah buli ketika dia belajar di Korea Selatan.
Dianggap miskin hanya kerana datang dari negara Asia Tenggara
Dalam perkongsiannya itu, lelaki tersebut juga mendapat ejekan seperti pondan, gay, kotor, hodoh dan miskin kerana dia datang dari Asia Tenggara.
Dalam salah satu tweet pada thread tersebut, lelaki berkenaan bercerita secara terperinci bagaimana seorang perempuan telah mengganggunya. Perbuatan itu telah membuatkan dia memberi respon mencemuh kembali perempuan itu dengan mengatakan dia tak akan menjadi cantik walaupun sudah melakukan pembedahan plastik.
Namun, tindakannya itu menyebabkan dia yang perlu meminta maaf kepada perempuan tersebut juga kepada pihak sekolah.
Diketawakan kerana pernah mendapat latihan menjadi sami
Lelaki itu turut berkongsi apabila dia juga diejek 'monyet Thai' semasa mereka sedang makan tengah hari di kafeteria. Perkara itu disedarinya apabila salah seorang kawannya memberitahu terdapat seorang pelajar sedang mengajuknya membuat aksi seperti seorang sami sambil mengejeknya.
Menurutnya, dia diejek sedemikian disebabkan dia pernah berkongsi bersama kelas bahawa dia pernah memasuki latihan menjadi sami. Malangnya, dia tersilap anggap orang Korea kebanyakannya beragama Buddha tetapi sebenarnya ramai antara mereka beragama Kristian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!