Rider Grab Ini Naik Flight Dari Thailand Ke Singapura Semata-Mata Ambil Order Nasi Ayam
Next level delivery ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negara pasti mempunyai makanan yang melambangkan identiti mereka
Di Singapura, difahamkan Nasi Ayam Hainan telah menjadi salah satu makanan yang membawa identiti negara itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki memakai jaket Grab dilihat membawa pesanan makanan.
Apa yang mengejutkan adalah lelaki itu mengambil pesanan tersebut dari Thailand ditambah pula dengan menggunakan kapal terbang untuk sampai ke Singapura.
Grab tampil menafikan mereka menawarkan perkhidmatan sebegitu
Dalam pada itu, menerusi laporan daripada Mothership, wakil jurucakap bagi Grab menjelaskan perkhidmatan penghantaran yang ditunjukkan seperti dalam video tersebut hanyalah rekaan dan dibuat oleh orang awam.
"Kami tidak menawarkan perkhidmatan sedemikian dan lelaki yang dilihat seperti seorang penghantar makanan bagi Grab dalam video tersebut tidak berdaftar dengan Grab," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!