Ceddy ‘Educate’ Netizen Lepas Lelaki Ini Dakwa Orang China Ada Bau Badan Pelik
Apa-apa pun jaga kebersihan itu satu perkara yang penting.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cuaca di Malaysia yang tidak menentu sepanjang tahun memerlukan kita untuk menjaga kebersihan badan dengan sebaiknya
Disebabkan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu, kita sudah terbiasa untuk mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan oleh @CeddyOrNot di X tentang orang Cina tidak boleh mandi di pagi hari sebab boleh buang 'ong' adalah sesuatu kepercayaan yang mengarut.
Perkara ini timbul apabila dia membaca komen-komen pada sebuah ciapan berbaur perkauman di X yang bertanyakan tentang bau badan warga China.
Masalah kebersihan adalah disebabkan sikap individu itu sendiri dan bukannya mengikut bangsa
Menerusi ciapan tersebut, Ceddy juga ada menyatakan bahawa sikap segelintir individu itu sendiri yang salah tidak menjaga kebersihan diri kerana tinggal di Malaysia sudah pasti memerlukan kita untuk mandi setiap pagi.
Dalam satu lagi ciapannya dalam thread tersebut, Ceddy sekali lagi menekankan bahawa kepercayaan mandi pagi boleh buang 'ong' adalah tidak wujud dan mengarut.
Dia juga memberi nasihat kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan seseorang badannya berbau kuat kerana tidak menjaga kebersihan diri, perkara itu tidak ada kena mengena dengan sikap sesuatu bangsa tetapi sikap individu itu sendiri.
"Adoi suka-suka ja pukul rata diaorang ni" - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di X, ia telah meraih sehingga 1.5M views, 1.4K reposts dan 4.4K likes.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di X.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!