Mak Cik Zikir Sambil Rakam Video, Netizen Pula Berseloroh Seperti Didodoikan Ibu Sendiri
Teringat dulu-dulu pergi rumah nenek.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mempunyai anak ataupun adik yang masih lagi kecil, ibu atau nenek pasti pernah mendodoikannya untuk tidur
Seperti biasa, mereka sudah pasti akan mengalunkan zikir-zikir semasa mendodoikan bayi yang didukung.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang mak cik membuat video random mengucapkan selamat pagi kemudiannya terus berzikir.
Apa yang menghiburkan adalah, alunan zikir yang didendangkan mak cik itu dilihat seperti seperti mak-mak mendodoikan bayi untuk tidur.
Secara tiba-tiba mak cik tersebut berhenti berzikir dan berleter dalam loghat pantai timur sehinggalah hampir pada penghujung video dia dilihat sambung kembali untuk berzikir.
"Dah macam opah aku dodoikan kitaorang kecil-kecil dulu, okay rindu opah" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 6.6M views, 673.6K likes dan 17K shares.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!