Orang Ramai Dilihat Bersungguh-Sungguh Boikot Produk & Solidariti Untuk Palestin Kali Ini
Nampak juga ada yang premis mula kurang menerima pelanggan mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial baru-baru ini, terdapat premis yang dikatakan menyokong Israel menerima kesan diboikot orang ramai
Menerusi laporan Harian Metro dalam temuramah bersama seorang rider penghantar makanan, Aimar Haikal Khasnan, 24, pesanan daripada premis makanan yang dikaitkan dengan Israel semakin berkurangan.
Katanya, pesanan bagi sebuah restoran kopi yang terkenal sudah tidak diterimanya sejak minggu lalu.
"Kali ini orang memang boikot sungguh-sungguh.
"Saya dah tak dapat pesanan membabitkan kopi terkenal itu sejak minggu lalu. Kalau sebelum ini, dalam sehari memang ada.
"Ini sudah masuk minggu kedua memang tak ada langsung. Di kedai pun kadang saya tengok kosong, tidak ada pelanggan.
"Bagi restoran makanan segera pula masih ada tapi tidak sebanyak kebiasaan. Contohnya, macam dulu, setiap pagi pesanan untuk menu sarapan sentiasa ada dan banyak, sekarang jarang. Memang ketara pengurangan itu," katanya kepada Harian Metro.
Pesanan makanan melalui aplikasi dan atas talian turun mendadak
Seorang rider di sebuah restoran makanan segera yang enggan didedahkan identitinya juga sempat berkongsi apa yang berlaku terhadap pesanan bagi restoran itu.
"Memang nampak kali ini orang kita betul-betul boikot. Mereka tak cakap saja, tapi berjaya buktikan. Bukan saja pelanggan berkurang masuk ke restoran, tapi pesanan dalam talian pun sama.
"Macam kami rider ada sasaran ditetapkan setiap hari namun sejak kempen boikot dijalankan pesanan berkurang dan tak capai sasaran pun. Memang terkesan.
"Bukan saja di restoran tempat saya ini, tapi hampir di kebanyakan tempat. Kalau di kawasan bandar pun orang boikot apatah lagi di luar bandar," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!