seismik

Budak Perempuan Tiru Gaya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Raih Perhatian Ramai

Lain macam 'fashion show' kali ini.

Cover image via @guafiq (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dikenali kerana personaliti yang bersahaja dan sederhana, maka tidak hairanlah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong amat disayangi ramai

Malah, penampilannya yang gemar berbaju kurung, ditambah pula dengan pemakaian selendang sebagai pelengkap busana mula menjadi ikutan di negara ini.

Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan memilih untuk menjadi seperti Raja Permaisuri Agong semasa pertunjukan fesyen di sekolahnya.

Kanak-kanak perempuan itu yang dilihat memakai baju kemeja berwarna biru, kasut kucing, beg tangan dan cermin mata bulat mendapat sorakan paling gemuruh daripada orang ramai.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah gaya tudungnya juga persis seperti gaya tudung Raja Permaisuri Agong.

"Serius tak expect langsung. Kreatif habis." - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 398.5K tontonan, 20.2K tanda suka dan 370 komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh di bawah:

Betul-betul menjiwai watak ya adik comel ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: