seismik

Alif Satar Dipuji Netizen, Minta Cadang Nama Masjid Buat Tour #GengSubuhMacamJumaat

The real satu dalam sejuta.

Cover image via beautifulnara & alifsatar (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, penyanyi dan pelakon Alif Satar telah memuat naik satu posting di Instagram meminta cadangan nama masjid di sekitar Lembah Klang untuk buat tour solat Subuh berjemaah di masjid

Alif Satar telah memulakan satu kempen mengajak orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

"InsyaAllah ada plan nak santuni masjid yang ada di sekitar Lembah Klang. Lebih ramai orang boleh join
#GengSubuhMacamJumaat.

"Semua boleh cadangkan dekat Alif nama masjid kat comment? Terima kasih!" tulisnya di kapsyen.

Namun, Alif masih sempat bergurau dengan followers ketika dia ingin mengajak mereka solat Subuh berjemaah di masjid.

"Mohon isteri-isteri kejutkan suami. Semoga syurga Firdaus untuk kalian! insyaAllah," tulisnya.

Sebelum itu, Alif juga ada berkongsi lokasi masjid yang dia ingin pergi untuk menunaikan solat Subuh pagi iaitu di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara.

Ajak orang ramai mengimarahkan masjid dengan solat Subuh berjemaah

Alif berkongsi hantaran memaparkan dirinya dan beberapa individu lain yang turut sama-sama menyambut baik pelawaannya itu.

Dapat dilihat, Alif dan kesemua jemaah tersebut kemudiannya makan beramai-ramai di perkarangan masjid seusai solat Subuh serta mendengar kuliah agama di masjid berkenaan.

"Selesai solat, kami ramai-ramai (sekali dengan jemaah perempuan) dengar kuliah. Lepas tu, makan. Minggu depan buat menu kambing golek pula.

"Ada plan ‘baek punya’ untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang Subuh kat masjid," tulis Alif di kapsyen Instagramnya.

"Semua yang Haji nak pergi, saya nak menyibuk sama ya" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Instagram, ia telah meraih sehingga 15K likes dan 148 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap posting berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Instagram:

Bagus betul ya Alif Satar. Kipidap man!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: