seismik

[VIDEO] Ketam Salin Kulit Secara Semula Jadi Ini Buat Ramai Teruja - "First Time Tengok"

Difahamkan, ketam menyalin kulit untuk menyingkirkan parasit yang melekat pada badan.

Cover image via @Cikgu_anep (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, haiwan yang salin kulit seperti ular menggantikan kulitnya disebabkan kulitnya tidak sesuai dengan saiz badannya selain menyingkirkan parasit yang yang melekat pada badan

Tular baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan seekor ketam sedang menyalin kulit lamanya kepada kulit yang baharu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Cikgu_Anep di platform X memaparkan seekor ketam sedang menolak keluar cengkerangnya yang lama untuk proses pertukaran kulit.

Pada awalnya, ketam itu kelihatan seperti sedang memakan spesiesnya sendiri, namun setelah dilihat dengan teliti ketam itu melakukan proses salin cengkerang atau dalam bahasa Inggeris dipanggil molting.

Difahamkan juga, cengkerang baru ketam memang akan lembut pada awalnya, namun selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan menjadi keras.

Image via @Cikgu_anep (X)

"Hebat betul ciptaan Allah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 485K tontonan, 3.7K tanda suka dan 41 komen di laman X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen di laman X:

Image via Cikgu_Anep (X)
Image via Cikgu_Anep (X)
Image via Cikgu_Anep (X)

Lihat video penuh di bawah:

Siapa sini first time tengok ketam salin kulit?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: