seismik

Tular Video Kereta Honda ‘Ketam’ Rempuh Motosikal, Rupa-Rupanya Lari Daripada Isteri

Difahamkan, insiden berlaku di Rawang.

Cover image via @HezeriSamsuri (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dipercayai berlaku selepas pemandu kereta itu bertengkar dengan isterinya di Rawang

Menerusi laporan Harian Metro, pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial pada Khamis.

"Hasil siasatan mendapati kejadian dalam video berdurasi 18 saat itu dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang Rabu di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

"Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang pemandu berkenaan, namun telah dirempuh.

"Mangsa cedera ringan pada bahagian siku dan kaki,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Agilan Iswaran ditalian019-5230801 atau Bilik Gerakan Polis Daerah Gombak ditalian 03-61262222," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: