Naib Canselor UiTM Minta Graduan Hormati Jubah Konvokesyen - "Tak Semua Layak Pakai Jubah"
Difahamkan, jubah ini merupakan tanda simbol kepada ilmu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan penuh harapan dan kegembiraan, setiap graduan tidak sabar menantikan hari konvokesyen mereka yang akan tiba
Hari yang istimewa ini diraikan untuk memperingati kejayaan mereka setelah melewati perjuangan yang gigih dalam mengejar impian dan cita-cita yang tinggi.
Disebabkan itu hari ini, kita dapat lihat beberapa video yang memaparkan segelintir bakal graduan memakai jubah dengan pelbagai gaya di media sosial. Ada yang berniaga sambil memakai jubah, menaiki flying fox dan banyak lagi.
Perkara ini secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai termasuklah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.
Bagaimanapun, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen
Trend tersebut telah menarik perhatian ramai termasuklah Naib Canselor UiTM yang menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.
Menerusi laporan Harian Metro, beliau pasti graduan yang berbuat demikian ingin memperlihatkan apa yang dianugerahkan kepada mereka.
"Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan," katanya.
Pakaian istiadat perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi dianugerahkan kepada graduan
"Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.
"Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka.
"Jadi sesuai dengan itu besarlah harapan saya semua mahasiswa (mahasiswi) dan graduan UiTM Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini," katanya menerusi satu video berdurasi satu minit 48 saat di akaun TikTok rasmi UiTM.
Turut mengingatkan tentang firman Allah SWT tentang ilmu
"Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi.
"Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!