seismik

[VIDEO] Bolehkah Isteri H*sap Kemaluan Suami? Ini Hukum & Penjelasan Daripada Ustaz Kembar

Buat pasangan suami isteri di luar sana dengar dan fahamkan.

Cover image via hafizafandi_87 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, setiap suami isteri tidak mempunyai halangan untuk melakukan hubungan kelamin, namun masih ada hukum yang perlu diambil kira

Hal ini kerana, ia merupakan pengetahuan asas yang sangat penting untuk diketahui oleh semua pasangan apabila berkaitan dengan hukum asas dalam hubungan suami isteri.

Sebuah pertanyaan menarik dilontarkan oleh seorang individu yang namanya dirahsiakan kepada ustaz kembar.

"Saya nak tanya ustaz bolehkah isteri hisap kemaluan suami?
tanya seorang individu.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh ustaz kembar di Instagramnya, mereka menjawab soalan yang diajukan oleh seorang individu berkaitan hukum-hakam.

Selain itu, menerusi kapsyennya juga menyatakan ini adalah antara soalan yang banyak ditanya orang ramai kerana masih keliru tentang hukumnya, jadi mereka menjelaskannya dari sudut agama, supaya kita semua jelas dengan hukumnya dan tidak keliru lagi.

Sebelum menjawab pertanyaan individu tersebut ustaz kembar meminta maaf dahulu kerana melakukan content yang agak sensitif iaitu berkaitan hubungan kelamin suami isteri.

"Disebut oleh imam Al-Fanani dalam kitab I'anatut Talibin diperbolehkan bagi suami untuk bersenang-senang dengan isterinya dengan anggota mana pun kecuali melalui duburnya.

"Walaupun dengan cara menghisap alat kelaminnya, hukumnya dibolehkan di dalam Islam, asalkan tidak sampai merosakkan atau menyakitkan cuma dia bukan satu perbuatan yang baik," jawab ustaz kembar.

"It's okay ustaz, topik-topik macam ni pun ditekankan dalam Islam" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.7M tontonan, 56.4K tanda suka dan 1.2K komen di Instagram, para netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di Instagram:

Harap semua jelaslah dengan jawapan ustaz kembar :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: